Saya seorang Terapi Carakerja (Occupational Therapies)

Salam perkenalan semua kepada rakan-rakan baru.

Sudah 2 bulan aku bergraduasi dan aku telah bekerja selama 6 bulan lebih di sebuah center kanak-kanak berkeperluan khas. Banyak pengalaman yang telah aku pelajari.

Untuk makluman semua, bidang skop terapi carakerja ini sangat meluas. Antaranya ialah peadiatric (kanak-kanak), physical, neurology , psychiatric (Mental) dan geriatric (Warga emas). Sekarang ini aku hanya fokus dalam skop kanak-kanak.

Jadi, sebagai terapi carakerja, kanak-kanak macam mana yang aku bagi terapi?
Antaranya ialah autism, hyperactive, down syndrome dan banyak lagi. Selagi mana mereka ada masalah dalam berkembangan mereka. Disitu aku akan membantu sehinggalah mereka dapat berdikari.

Banyak cabaran sebenarnya. Selain cabaran dengan anak-anak, ibubapa juga merupkan cabaran terbesar kami. Macam -macam karenah mereka. Faham mereka nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebagai terapis, kami akan cuba yang terbaik untuk mereka. Tapi janganlah lupa, Allah itu adalah penolong terbesar kita. Doalah padaNya agar diberikan kesembuhan kepada anak-anak istimewa ini.

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

Sebagai terapi terutama bekerja dengan kanak-kanak, kita tak dapat nak ramal tingkahlaku mereka ini. Setiap anak berbeza minat mereka. Walaupun diagnosis sama, tapi simptom dan tingkahlaku mereka berbeza. Kau kena kreatif dan banyak bersabar. Kadang ada juga rasa frust kerana ramalan kita tak sama dengan hasil yang diperolehi. Kerja dengan kanak-kanak tak sama dengan merawat orang yang patah tangan yang mana kau boleh expecting bila pesakit dapat sembuh. Kesabaran sangat diperlukan.

Senior therapist aku ada cakap, jangan pernah give up merawat anak mereka as long as parents tak give up. Kita tiada hak nak give up sedangkan parents mereka tak henti-henti berusaha mencari terapi yang terbaik untuk anak mereka. Jika kita give up, apakah parents mereka akan gembira? pasti tidak kerana mereka kena cari alternative lain untuk merawat masalah anak mereka.

Lepas ini aku nak share banyak mengenai tips dan cara membantu anak-anak berkeperluan khas ini.
Disini aku lampirkan gambar dari google untuk semua. Mungkin ada antara kalian yang mempunyai anak atau adik yang mempunyai masalah ini.




No comments:

Powered by Blogger.