Bunga kini layu

Image result for BUNGA LAYU
Dia yang dulu pernah melihat mu dengan sungguh-sungguh tidak lagi melihat mu malah tidak berpaling kepada mu walaupun sedetik.
Bunga yang ditabur dulu kini layu.
sepantas itu masa berlalu, semudah itu perasaan berubah.

ia tidak mustahil.
dulu kau sangka ia tidak akan berlaku kini telah pun berlaku.
jangan berduka kerana terdapat suatu yang berharga telah ditetapkan untuk mu.

jika benar cinta,
tidak perlu engkau balas dengan kaca.
cukuplah kau balas dengan harumnya mawar.

setiap yang bernyawa pasti akan berubah,
oleh itu jangan terlebih dalam menyintai.
jika kau kenal cinta, pasti kau kenal apa itu duka.
jika ingin mencintai, kau harus belajar bagaimana sakit untuk melepaskan.

usah kau ingati apa yang telah berlalu kerana ia telah pun berlalu.
jadikan ia suatu pengajaran yang mana baik mana seseorang ia akan berubah juga.
jangan disangka tenangnya air itu tidak mampu dilanda petaka.

yakinlah Allah itu sebaik perancang.
ikhlaslah...
cintailah yang sewajarnya.


2 comments:

  1. Salam singgah dan follow :)

    Anda dijemput join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.