5 Weeks clinical placement

Image may contain: one or more people and phone


Sepanjang klinikal kali ini. Aku belajar banyak perkara.
Kisah demi kisah yang aku dengari membuat aku lebih bersyukur dengan hidup aku.
Kita rasa kita paling susah.
Paling malang.
Paling derita.
Tapi adakah kau cuba melihat dibawah yang mana lebih ramai lagi mereka yang lebih derita?
Tak usah ambil contoh negara luar, sebab mungkin kau masih buta nak menginsafi. Lihat sekeliling kau?
Ada yang makan tak cukup.
Ada yang tinggal di jalanan.
Ada yang kehilangan keluarga tersayang.
Ada yang ikat perut kerana tiada wang.
Kita? Apa yang kita kecewakan dengan hidup kita?
Ini kisah yang aku dengari.
1. Tinggal di jalanan.
2. Ikat perut kerana tiada duit. Even makan pun di rumah ibadat.
3. Kehilangan keluarga.
Dan banyak yang aku tak ingat.
Jangan bersedih.
Gembirakan hatimu dengan selalu bersyukur.
Jangan selalu lihat ke atas.
Selalulah lihat ke bawah supaya engkau selalu bersyukur.
Lupakah kita didalam alquran ada merakamkan
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
[surah ibrahim: 7]

No comments:

Powered by Blogger.